Kumpulan model ini yang berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike, pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson dan rakan-rakan juga dikenali sebagai teori pembelajaran sosial atau modifikasi tingkahlaku, terapi tingkah laku dan ‘cybernetics’
Merujuk model ini, kita mempunyai mekanisme pembetulan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkahlaku berdasarkan maklumbalas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi. Sebagai contoh, cuba bayangkan kita sedang menaiki tangga yang tidak pernah kita jumpai dalam keadaan gelap. Sudah pasti semasa mengambil langkah pertama, kita akan berasa teragak-agak. Mengapa keadaan ini berlaku?
Jika kita mengangkat kaki terlalu tinggi, kita akan terasa seolah-olah kaki tersebut terapung agak lama di udara sebelum terpijak tangga yang berikutnya. Jika kita hanya mengangkat kaki sedikit sahaja, besar kemungkinan kita akan tertendang anak tangga seterusnya. Memalui maklumbalas yang kita terima, lama kelamaan kita dapat menjangkakan betapa tinggi ataupun rendah kaki perlu diangkatkan dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain sehingga kita berasa selesa untuk menaiki anak tangga tersebut.
Oleh kerana itu, kumpulan model ini mengesyorkan program-program yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia, mengembangkan kemahiran sosial dan menangani kebimbangan dan sebagainya. Antara strategi yang tergolong bawah kumpulan behavioral adalah PENGAJARAN LANGSUNG dan PEMBELAJARAN MASTERI.
1 comments:
Nice blog.. thanks for information :)
Post a Comment