ANALISIS MODEL SISTEM BEHAVIORAL MENGGUNAKAN TEKNIK SWOT
1. Strengths (Kekuatan)
Maksud kekuatan dalam analisis ini adalah faktor-fakor yang mendukung penyelenggaraan program, serta diakui kewujudannya oleh individu. Skinner berpendapat bahawa tujuan psikologi adalah meramal dan mengawal tingkah laku. Pada teori ini guru memberi penghargaan hadiah atau nilai tinggi sehingga pelajar akan lebih rajin. Tindak balas akan berlaku jika rangsangan yang lama digabungkan dengan rangsangan yang baru. Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diberi. Pembelajaran menjadi pasif tanpa rangsangan dan pembelajaran tidak berlakusecara konsisten.
Dalam model pengajaran ini diterapkan peneguhan positif. Suatu tingkah laku yang diikuti dengan peneguhan, kebarangkalian bagi gerak balas itu berlaku akan menambah peneguhan positif atau ganjaran yang mendorong individu seperti pujian, penghargaan, hadiah dan lain-lain. Hal ini akan memberi dorongan kepada pelajar untuk lebih berusaha semasa di dalam kelas dan bersungguh-sungguh ketika melakukan aktiviti.
Kekuatan dilihat apabila murid berupaya untuk menguasai pembelajaran dan pembelajaran akan bermula apabila murid benar-benar memahami pembelajaran yang lepas. Ini menunjukkan bahawa, kefahaman juga menjadi komponen penting terhadap model pengajaran jenis ini.
Model juga dibahagikan unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang dipelajari. Ini memberi peluang kepada murid untuk memahami sesuatu unit dengan baik. Ini membolehkan pelajar dapat mencapai kriteria pembelajaran akhir dicapai dan memudahkan guru membuat penilaian ke atas murid.
2. Weaknesses (Kelemahan)
Maksud kelemahan dalam analisis ini adalah permasalahan yang timbul dari penyelenggaraan program dan hasilnya. Permasalahan merupakan kelemahan yang dapat berubah menjadi tentangan bagi kelancaran pelaksanaan tugasan atau program. Sebagai contoh kelemahan teori ini adalah belajar hanyalah terjadi secara automatik dan penentuan peribadi diambil kira. Pelajar harus mengambil inisiatif sendiri untuk bertindak dalam aktiviti dan bukan disebabkan oleh sesuatu rangsangan tertentu dari luar, contohnya guru atau ibu bapa. Hal ini pada kebiasaannya apabila pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ibu bapa akan memberikan hadiah kepada anak-anak.
Sistem pengajaran ini dilihat lebih kepada penerangan yang lebih berpusatkan kepada guru. Proses pengajaran-pembelajaran akan kelihatan pasif apabila hanya satu pihak sahaja yang mempunyai kuasa untuk berbicara. Kelemahan ini dapat dibaiki apabila guru boleh bertanyakan soalan dan membuat sesi soal jawab, perbincangan atau sebagainya dengan murid.
Cabaran utama untuk melaksanakan pembelajaran model ini adalah memerlukan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi pembelajaran bagi memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama.
3. Opportunities (Peluang)
Maksud peluang dari analisis ini adalah hal-hal atau faktor-faktor yang membolehkan kita menemui idea baru melalui percubaan ataupun ujian yang di analisis dan di kenal pasti. Peluang yang terkandung merujuk kepada model ini, ia mempunyai mekanisme pembetulan kendiri yang berupaya mengubah suai tingkah laku berdasarkan maklum balas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugasan yang telah diberikan.
Model ini memberi peluang kepada guru mengatur strategi terbaik dalam pengajaran mereka. Aspek pengajaran juga dapat dipertingkatkan. Dalam masa yang sama, murid dapat mengetahui perbezaan murid antara yang pandai dan tidak, dan di sini guru dapat menyesuaikan kaedah pembelajaran berdasarkan tahap pelajar.
Perancangan pengajaran dapat dilakukan secara terancang dan sistematik dalam melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai berdasarkan tahap pencapaian murid. Dan di sini kemahiran dalam mengurus bahan bantu mengajar yang ingin digunakan ketika guru melaksanakan proses pengjaran-pembelajaran.
4. Threat (Ancaman)
Maksud tentangan dalam analisis ini adalah hal-hal yang harus diatasi, direbut, diperbaiki dan ditingkatkan untuk melancarkan pelaksanaan tugasan dalam usaha mencapai tujuan. Tentangan bukan penghalang, tetapi perangsang untuk mendorong pengurus pendidikan luar sekolah untuk lebih kreatif dan dinamik. Tentangan dapat berubah menjadi peluang apabila analisis dapat dilaksanakan secara lebih analisis dan mengenal pasti kekurangan dalam pengaplikasian teori ini.
Tentangan yang diterima terhadap model ini adalah sedikit kerana pengajaran yang dijalankan pada masa sekarang masih menggunakan model sebegini. Tentangan mungkin mungkin dapat dilihat dengan wujudnya pelbagai kaedah baharu dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid pada hari ini.